Pages

Friday, 19 January 2018

Aku Seorang Syarif Pengalaman masa kecil

Dipostkan pertama kali diblog syarifazad.blogspot.my pada 1 September 2017

Aku seorang Syarif.

Sedari kecil saya dipanggil sebagai Syarif Azad.
Sedari kecil juga saya diberitahu oleh atuk (Syarif Haron bin Syarif Jaafar) dan juga
ahli keluarga yang lain bahawa saya ini keturunan Syarif.

                                          Syarif Haron bin Syarif Jaafar (Atuk saya sebelah ibu)


Saya lahir dan membesar di Kampung Sebayan, Kudat, Sabah, Malaysia. Sebuah perkampungan nelayan dan rata2 rumah di perkampungan ini pada masa itu dibina di kawasan pantai atau pesisir pantai.

Alhamdulillah saya membesar dalam suasana kampung yang didiami oleh majoriti ahli keluarga keturunan Syarif. Seingat saya atuk saya sebelah ibu iaitu Syarif Haron ialah imam di kampung. Oleh itu saya selalu dibawa berjalan oleh atuk ke majlis kenduri atau bacaan doa selamat atau kenduri arwah. Dengan kedudukan sebagai imam itu juga, atuk saya selalu di datangi oleh ramai orang dengan macam-macam tujuan. Oleh itu saya kadang-kadang menjadi saksi kepada sesuatu peristiwa tersebut. 

Satu perkara yang masih kekal dalam ingatan saya sehingga kini ialah berkaitan dengan panggilan sesetengah orang yang datang berjumpa atuk saya. Ramai orang yang datang berjumpa atuk saya dengan memanggilnya dengan panggilan Tuan Syarif atau Tuan Salip.  Keadaan panggilan yang dibuat pula, kelihatan pada saya dalam bentuk satu penghormatan yang tinggi, iaitu suara yang lembut dan begitu merendahkan nada suara. 

Sehingga kini saya masih teringat pengalaman tersebut dan beberapa pengalaman lain dan menyimpulkan bahawa masyarakat pada masa itu begitu menghormati keturunan Syarif. Pada masa tersebut, saya pun kurang memahami kenapa keturunan Syarif begitu dihormati oleh masyarakat. Ada beberapa istilah lain yang digunakan oleh masyarakat kampung untuk menggambarkan kedudukan keturunan Syarif pada masa itu, iaitu seperti berikut; (Dan istilah ini kebanyakan nya menggunakan bahasa Bajau Sama)
Jomo Jata' bermaksud orang yang berkedudukan tinggi
Jomo Berakanan bermaksud orang yang bermaruah/pengaruh  tinggi
Ngaiko ko kam Jomo sembarang bermaksud kamu ini bukan lah orang yang sembarangan (kerana itu ada pula terkait dengan nya istilah Ketulahan kami iaitu kalau silap gayanya akan ketulahan)
Jomo uun daulat yang bermaksud orang yang mempunyai daulat

Oleh sebab itu,,,,, (akan bersambung)


No comments:

Post a Comment

Program Ziarah Persatuan Keluarga Sharif Sabah 10 Mac 2018

Hari ini 10 Mac 2018 bersamaan 22 Jamadil Akhir 1439 Hijrah.Persatuan Keluarga Sharif Sabah(PKSS) telah berjaya menganjurkan program Ziarah...