Dipostkan pertama kali di blog syarifazad.blogspot.my pada 22 September 2017
Idea untuk menubuhkan persatuan keturunan Syarif seingat saya telah lama bermain di kepala, mungkin 10 atau 20 tahun lepas lagi. Hajat untuk menubuhkan persatuan keluarga ini menjadi betul-betul kuat pada tahun 2013. Oleh itu pada tahun 2013 saya telah menubuhkan group Wasap bagi keturunan Syarif di Sabah. Percubaan pertama menubuhkan group wasap itu, berjaya dilakukan tetapi berkubur beberapa bulan lama kemudian.Semua nya kerana sikap fanatik dari segelintir ahli dalam group yang hanya mahu hanya mereka yang benar-benar Syarif sahaja berada dalam group. Disebabkan itu mereka kurang menghormati ahli keluarga yag lain yang bukan Syarif. Akibat nya saya mengambil tindakan yang tegas dengan menutup group wasap tersebut dan membuka group yang baru kemudiannya.

Bermula
dari group wasap tersebut akhirnya mesyuarat pertama jawatankuasa
penaja persatuan diadakan pada 15 Ogos 2014 (bersamaan 19 Syawal 1435H)
di Hotel 5 bintang iaitu Hotel Meridien, Kota Kinabalu Sabah. Mesyuarat
tersebut ditaja sepenuhnya oleh Datuk Sharif Sahar bin Sharif Ading.
Menurut Datuk Sharif Sahar, biarlah sejarah penubuhan persatuan ini
direkodkan disebuah hotel 5 bintang kerana persatuan ini adalah bagi
orang keturunan Syarif.
Lee Meredien Hotel, Kota Kinabalu Sabah
Mesyuarat tersebut dihadiri oleh sepuluh orang dan telah membentuk jawatankuasa penaja Persatuan Keluarga Sharif Sabah (PKSS)
Shf Asiah binti Sh Indun(Setiausaha), Sh Azman bin Sh Alung(AJK) dan Sh Arbin bin
Sh Alam(Bendahari).
Duduk di hadapan dari kiri Datuk Sh Sahar bin Sh Ading(Timbalan Presiden), Sh Azad
bin Sh Attar(Presiden), Sh Dandan bin Sh Idrus/Indun(Naib Presiden) dan Sh Mahada
bin Sh Attar(Naib Presiden).
Di
antara keputusan penting mesyuarat ialah pertama, melantik
jawatankuasa penaja seperti di atas, kedua, mendaftarkan persatuan
dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dan ketiga,
mengadakan Hari Keluarga Keturunan Sharif Sabah.
Pada
7 September 2014, Hari Keluarga Keturunan Sharif Sabah telah didakan di
Kampung Luntuk, Pitas dan dihadiri oleh lebih 300 orang.
Di antara ahli keluarga yang hadir
Usaha
untuk mendaftarkan persatuan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan(ROS),
Malaysia kemudian dilaksanakan dan akhirnya kelulusan diperolehi pada 23
September 2015 dengan nombor kelulusan PPM-016-12-23092015.
Persatuan
ini dinamakan Persatuan Keluarga Sharif Sabah (PKSS) dengan matlamat
untuk menjadi payung untuk ahli seluruh Sabah berteduh, menyatukan semua
ahli keluarga keturunan Sharif seluruh Sabah, meningkatkan silatur
rahmi, menghidupkan semula budaya keturunan Sharif dan menjaga nasab
keturunan Sharif Sabah. Syarat keahlian pula begitu mudah iaitu semua
ahli keluarga keturunan Sharif layak menjadi ahli dengan syarat mengisi
borang keahlian.
Persatuan ini boleh dihubungi melalui Fb : As-Syarif Sabah, Email : syarifazad@gmail.com dan
Blog : syarifazad.blogsot.co. Persatuan kemudiannya mencipta logo persatuan yang direkacipta oleh Syarif Asri bin Syarif Alam seperti berikut.

No comments:
Post a Comment