dipostkan pertama kali diblog syarifazad.blogspot.my pada 2 September 2017.
Oleh sebab itu, pada ingatan saya, di kampung Sebayan ini, masyarakat terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan keturunan Syarif dan kumpulan bukan keturunan Syarif. Walau bagaimana pun hubungan kehidupan di antara dua kelompok ini sanggat harmoni dan indah. Sementara kumpulan bukan Syarif begitu menghormati kumpulan Syarif, sebaliknya kumpulan Syarif pula begitu menghargai penghormatan tersebut dan tidak pula memandang hina kumpulan bukan Syarif.
Oleh sebab itu, pada ingatan saya, di kampung Sebayan ini, masyarakat terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan keturunan Syarif dan kumpulan bukan keturunan Syarif. Walau bagaimana pun hubungan kehidupan di antara dua kelompok ini sanggat harmoni dan indah. Sementara kumpulan bukan Syarif begitu menghormati kumpulan Syarif, sebaliknya kumpulan Syarif pula begitu menghargai penghormatan tersebut dan tidak pula memandang hina kumpulan bukan Syarif.
Bahagian
berikutnya saya akan menceritakan beberapa ciri-ciri istimewa yang
menjadi amalan atau budaya kehidupan bagi orang keturunan Syarif di
kampung Sebayan ini.
Warna ; Warna KUNING adalah menjadi warna rasmi dan istimewa bagi keturunan Syarif. Warna
ini kelihatan digunakan khususnya pada dua keadaan iaitu semasa majlis
perkahwinan dan acara kematian. Semasa acara menghantar peminangan
perkahwinan, pihak pengantin lelaki adalah diwajibkan memberikan satu
gulung kain berwarna kuning. Kemudian semasa majlis perkahwinan, pihak
perempuan akan membentangkan kain kuning ini bermula dari tangga rumah
sehinggalah ke pelamin pasangan pengantin.Selesainya majlis perkahwinan,
kain kuning tersebut akan digulung dan akan diserahkan kepada pasangan
pengantin untuk di simpan.
Berkaitan
dengan perkahwinan ini pula. Panda masa tersebut, orang keturunan
Syarif pada kebiasaannya akan berkahwin sesama keturunan Syarif sahaja.
Adalah terlalu jarang kedapatan orang Syarif berkahwin dengan bukan
Syarif sama ada lelaki atau perempuan. Walaupun terdapat lelaki Syarif
yang berkahwn dengan perempuan bukan Syarif (perkahwinan ini tidak
digalakkan). Tidak digalakkan kerna pada perkiraan orang tua Syarif pada
masa itu, jika lelaki Syarif berkahwin dengan bukan Syarifah makan
siapa pula yang akan berkahwin dengan Syarifah. Sebab itu jarang
berlaku Lelaki Syarif yang berkahwin dengan perempuan bukan Syarif.
Bagi perkahwinan Syarifah pula,
Adalah terlalu jarang atau keadaan yang ganjil pada masa itu yang
Syarifah berkahwin dengan bukan Syarif. Hal ini dapat dicapai oleh
kerana pertama, sikap kumpuan bukan Syarif yang sangat menghormati
keturunan Syarif. Oleh itu lelaki keturunan bukan Syarif pada
kebiasaannya tidak akan berani meminang perempuan Syarifah. Kedua,
keturunan Syarif pula yang rata-rata sangat menghargai keturunannya.
Kebiasaannya orang tua keturunan Syarif tidak akan menerima peminangan
lelaki bukan Syarif. Kedua, orang tua Syarif akan mencari lelaki Syarif
dari mana-mana tempat yang lain untuk dikahwinkan dengan anak
perempuannya(Syarifah). Ketiga, perempuan Syarifah pula begitu sedar
bahawa memang dia perlu menjaga kesucian keturunannya. Oleh kerana itu,
ada diantara Syarifah yang sanggup membujang sehingga mati semata-mata
kerna tidak bertemu jodoh dengan lelaki keturunan Syarif, dan sehingga
ke hari ini saya menjadi saksi kepada beberapa Syarifah tersebut (Betapa
tingginya nilai yang dipegang oleh Syarifah-Syarifah tersebut.Semoga
Allah memberikan mereka anugerah tertinggi di akhirat kelak. Amin...)
Bersambung.......
Slot Machines At Wynn Casino - KSMH
ReplyDeleteSlot 평택 출장샵 Machines At Wynn Casino - A Casino-A-Friendly Gaming Experience - Las Vegas Nevada. Enjoy 광주광역 출장안마 dining in classic style at 영주 출장마사지 Wynn's 세종특별자치 출장샵 classic casino and enjoy 목포 출장샵 a