Dipostkan pertama kali di blog syarifazad.blogspot.my pada 25 September 2017
Susuk tubuh dengan FB di atas adalah Syed Aliddien Asseggaff, yang berasal dari Palembang dan kini menetap di Jakarta.
Perkenalan
pertama kali saya (Syarif Azad bin Syarif Attar), dengan beliau adalah
pada 20 September 2015 melalui pangkat anak saudara saya Syarif Reduan
bin Syarif Sehan yang berasal dari Sandakan. Anak saudara saya ini telah
terlebih dahulu berkenalan dengan Syed Alidien dan kedatangan Tuan Syed
ini ke Sabah pada kali ini adalah di atas jemputan beliau dan saya
hanya membantu itu ini sedikit sedikit. Saya tidak berapa ingat di mana
pertemuan pertama saya dengan Tuan Syed sama ada di Aiport KKIA atau di
tempat penginapan beliau di Kota Kinabalu. Destinasi pertama kami pada
malam itu ialah di rumah ammi Syarif Muhammad di Kampung Likas.
Ketika
itu lah, buat pertama kalinya saya mendengar dan melihat sendiri
bagaimana tuan Syed berkomentar dengan ammi Syarif Muhammad berkaitan
nasab beliau. Saya pula sebagai orang novis la katakan, lebih banyak
memerhati, mendengar, sesekali turut berbicara, tetapi kebanyakannya
saya mendiamkan diri. Di dalam kepala dan hati banyak menganalisis siapa
ini yang namanya Syed Alidien Asseggaf.
Sesekali
hati berkomentar, Apa kerja ini Tn Syed datang dari jauh hanya untuk
bertanya itu ini berkaitan keturunan orang. Hahaha saya kan baru belajar
abc pada masa itu. Setelah keluar dari rumah ammi Syarif Muhammad, saya
bertanya dengan Tuan Syed, bagaimana dan apa keputusannya. Syed Alidien
kalau tidak silap berkata kepada saya, masih banyak lagi informasi yang
perlu dicari. Aduh, kerja apa ini, hati saya berbicara, kerna saya
fikir kalau setakat berjumpa orang begini dan tidak mendapat apa-apa.
saya fikir ini kerja buang masa. Tambahan lagi pula tuan Syed datang
dari Jauh dari Jakarta. Luar negara tu beb.
Destinasi
seterusnya malam itu ialah bertemu ammi Syed Hussin Al-Idrus untuk
silatur rahmi. Alhamdulillah kami disambut dengan sangat baik oleh ammi
Syed Hussin. Pertama kali juga bertemu beliau pada malam itu di rumahnya
di Likas. Kemudian kami dijamu makan malam oleh ammi Syed Hussin.
Terima kasih banyak ammi Syed Hussin.
Selepas
itu kami menghantar Tuan Syed Alidien ke penginapannya dengan janji
untuk bertemu beliau keesokan hari nya untuk saya bawa ke Kampung saya
di kampung Sebayan untuk tujuan ziarah perkuburan kampung saya yang di
panggil Tampat atau Torong Sepongoh.
Keesokan
hari nya saya mengambil Tuan Syed ini dan Syarif Reduan di tempat
penginapan mereka dan bermula la tugas saya sebagai supir/driver dan
pemandu pelancong. (Hahaha, seorang kepala Dinas Pendidikan menjadi
supir. Kan hebat tu. Tetapi kerana perasaan ingin tahu dan mahu
berkenalan dengan Tuan Syed ini maka saya teruskan juga. Supir pun supir
la. hahahaha). Sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat rupanya
satu peluang besar bagi saya untuk berkenalan dan mengetahui lebih
lanjut siapa tuan Syed ini dan apa ba yang dibuat nya ini. Banyak
perkara yang tertutup kini terbuka kepada saya sama ada pengetahuan ilmu
Nasab mahupun pengajaran secara langsung melalui pengalaman hidup
beliau, kembara nasab beliau seantero dunia. Tidak kurang juga yang
benar-benar mengetuk pintu hati saya ialah akhlak beliau yang pada saya
sangat indah.
Akhlak Tuan Syed ini menyebabkan saya rasa sangat malu dan hina. Di satu sudut saya melihat beliau seorang yang sangat berilmu khususnya bab ilmu nasab tetapi beliau tidak sedikit pun menunjuk-nunjuk akan kehebatan ilmu tersebut. Ibarat kata pepatah Melayu "Ikut rasmi padi semakin berisi semakin tunduk" Dengan ilmu yang ada di dada beliau, seharusnya dia layak menjadi pensyarah di mana-mana universiti di dunia ini dan mendapat gaji yang beribu-ribu ringgit Malaysia. Dan saya terkasima dengan jawapan Tuan Syed, bila saya ajukan soalan, kenapa dia tidak menjadi pensyarah di universiti. Jawapan nya saya kongsikan "Bukan itu yang saya kejar dalam dunia ini. Dan pengetahuan nasab ini bukan semuanya boleh dikongsi oleh orang ramai". Menyebabkan semakin banyak persoalan yang bermain di kepala saya.
Keesokan harinya destinasi pertama di Kudat ialah ziarah kubur tua di kampung saya, kampung Sebayan Kudat, Sabah Malaysia. Di kubur ini bersemayamnya As Syarief Al Habib Zainal Abidin bin Abdullah, As Syarief Al Habib Syech bin Zainal Abidin dan As Syarief Al Habib Yasin. Kesemua As Syarief ini adalah moyang saya sebelah ibu.
Di permaqaman ini juga bersemayamnya wafat ibu saya Syarifah Nafsah binti Syarif Harun bin Syarif Jaafar.

Di
tanah perkuburan ini saya turut memerhatikan dengan tekun dan teliti
apa yang dibuat oleh Tuan Syed ini. Di dalam hati berbisik, "Apa kerja
ahli Nasab begini, mesti menziarah kubur-kubur tua". Di sini juga saya
bertanya dengan Tuan Syed, adakah dia boleh berkomunikasi dengan roh
yang di dalam kubur. Pertanyaan kebudak-budakan, saya fikir hahaha. Tapi
Tuan Syed hanya tersenyum mendengar usikan saya. Namun Tuan Syed
mengingatkan saya, bahawa bukan kita tidak percaya dengan
perkara-perkara yang ghaib atau hal-hal yang pelik-pelik tetapi urusan
kajian nasab seharus nya berasaskan fakta yang boleh dijadikan bukti
nyata seperti bertanya dengan orang tua yang masih hidup dan paling
penting catatan salsilah keluarga. Saya mengangguk kan kepala tanda
faham dan mula belajar hal-hal nasab.
Menjelang tengahari kami bergerak meninggalkan tanah perkuburan menuju ke kampung saya, kampung Sebayan.
Kedudukan Kampung Sebayan di bahagian paling utara Pulau Borneo.
Kedudukan Sabah di Pulau Borneo dan di kawasan Asia Tenggara
Sampainya di Kampung Sebayan, Tuan Syed Alidien trus berjumpa dengan orang tua yang masih hidup. Bertanya itu dan ini berkaitan asal usul keturunan Syarif di kampung ini dan bagaimana dahulu mereka sampai ke kampung ini.
Sebelah petang kami kembali ke pekan Kudat dan malamnya saya meraikan Tuan Syed Alidien di sebuah restoran terapung dan makan makanan laut. Kebetulan Kudat terkenal sebagai pusat makanan laut bagi negeri Sabah.

No comments:
Post a Comment