Pages

Saturday, 27 January 2018

Syarif di Sabah, Malaysia

Dipostkan pertam kali di blog syarifazad.blogspot.my pada 29 September 2017

Kai ini saya mahu berkongsi penemuan saya berkaitan dimana kedudukan keturunan Syarif di negeri Sabah, Malaysia. Saya baru sahaja memulakan pencarian atau ziarah keluarga Syarif-syarif ini iaitu pada tahun 2015. Oleh masih banyak lagi yang belum saya teroka. Setakat pada hari ini 30 September 2017 saya telah menemui dan mendapatkan info berkaitan kedudukan keturunan Syarif di daerah-daerah berikut. Rujuk peta Sabah berikut


Negeri Sabah adalah dibahagikan kepada daerah-daerah dengan nama tertentu.  Kini saya telah menemui keluarga Syarif di daerah berikut iaitu ;
1. Kudat
2. Pitas
3. Kota Marudu
4. Kota Belud
5. Tuaran
6. Kota Kinabalu
7. Putatan
8. Papar
9. Baufort
10. Sipitang
11. Beluran
12. Sandakan
13. Kinabatangan
14. Lahad Datu
15. Kunak
16. Semporna
17. Tawau

Daerah lain jika ada mungkin saya belum temui (mohon maaf, sampai masanya bertemu juga dengan izin Allah). Namun berdasarkan senarai nama daerah yang saya telah temui keturunan Syarif itu, beberapa kesimpulan boleh dibuat;
1. Kesemuanya berada dikawasan pesisir pantai
2. Kedudukan daerah juga mempengaruhi sumber kedatangan Syarif tersebut ke Sabah.

Oleh yang demikian, setakat ini pada pandangan saya, mengkaji kedatangan dan kedudukan Syarif di Sabah adalah begitu menarik tetapi memerlukan penilitian yang begitu rapi, teliti dan tidak terburu-buru. Bukan senang, tp saya akan teruskan juga dengan izin Allah.

Dari segi sumber kedatangan Syarif ke Sabah, setakat penemuan saya, ada beberapa sumber iaitu dari
1. Brunei
2. Filipina
3. Sarawak, Malaysia
4. Terengganu, Malaysia
5. Kalimantan, Indonesia
5. Sulawesi, Indonesia
6. Indonesia

Dapatan berkaitan sumber kedatangan ini adalah  berdasarkan pengakuan mereka yang ditemui di lapangan. Kajian lebih lanjut mungkin sangat perlu dilakukan.

(Perkongsian ini adalah setakat dapatan pada hari ini. Perkara ini mungkin akan lebih baik setelah info-info yang lebih baik diperolehi. Satu perkara lagi, pernyataan saya di atas adalah merujuk kepada Syarif yang datang ke Sabah lama dahulu, berpuluh tahun atau ratusan tahun dahulu bukan Syarif yang baru berhijrah ke Sabah pada tahun-tahun kebelakangan ini.)



13 comments:

  1. Assalamualaikum tuan,wafat atok saya keturunan Sharif. Namnya Sharif Kassim@anak kepada Paduka Mat Salleh

    ReplyDelete
  2. Ramai sharif palsu sekarng ne

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum.. Di Kota Belud siapa ya?

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum.. Di Kota Belud siapa ya?

    ReplyDelete
  5. Assalam mualaikum.
    Saya mencari keturunan dan saya tulis dr bawah ke atas..


    Sharif Ahmad bin sharif Ibrahim bin sharif Amir hussien bin Sharif Aplasin,
    Di mana Sh Aplasin di makamkan di tangkulap kinabatangan.
    Saya mohon bantuan tuan sharif jika pernah terjumpa nasab ini.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum di menumbok sya dpat 2 makam sharif dan keluarga , kunun maw temu remah tpi blum ada masa

    ReplyDelete
  7. Tumpang Tanya..APA tanda Dan atau patang larang bg keturunan sysrif?yg tahu Mohon kongsikan ya

    ReplyDelete
  8. Keturunan sebelah ibu saya ialah syarif yg berasal dari kupulauan sulu dan sangat pentingkan nasab syarif dalam perkawinan keluarga

    ReplyDelete
  9. Halo bro..Saya dari keturunan Syariff Matassan dari sarawak.
    Nama saya Mohd Firdaus bin Abdul hamid bin abdul hassan bin syariff taha bin syariff matassan..Saya pun sedang mencari keturunan syariff.di sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, nama saya, Sharif radzi bin Sharif Perais Bin Sharif Baba Percahaya Bin Sharif Sagap Bin Sharif Usman, Berasal dari sabah dan kampung di Kota Belud Pantai Mas, kalau ingin tanya sejarah insyaallah bapa Ku masih ada dia lebih mendalam bab2 keturunan kita Sharif2,

      Delete

Program Ziarah Persatuan Keluarga Sharif Sabah 10 Mac 2018

Hari ini 10 Mac 2018 bersamaan 22 Jamadil Akhir 1439 Hijrah.Persatuan Keluarga Sharif Sabah(PKSS) telah berjaya menganjurkan program Ziarah...