Perjalanan beribu batu dimulakan oleh satu langkah
(Tapi perjalan saya ke Lahad Datu hanya lah sekadar 892 kilo Meter bagi perjalanan pergi dan balik)
Saya
di temani oleh Syarif Khairudin bin Syarif Edris memulakan perjalanan
jam 5 petang dari Kudat pada hari Sabtu, 2 hb September 2017 . Terpaksa
bertolak lambat bertolak lambat kerana menghadiri perkahwinan anak
saudara di kampung Popok, Kota Marudu, Sabah. Itu pun dengan rasa
sedikit segan silu terpaksa minta izin balik awal dari sepupu (tuan
rumah), sesuatu yang jarang-jarang saya buat. Kerana lambat bertolak,
akibat nya kami terperangkap dengan kabus di laluan Kota Marudu Ranau.
Di laluan Ranau Telupid pula, masalah bertambah dengan turun nya hujan.
Hujan dan kabus menjadi teman perjalanan kami dari Ranau ke Telupid.
Dalam
hati saya berkata-kata, ini lah cabaran, inilah cubaan, satu perjuangan
untuk bertemu dengan keluarga keturunan Syarif di seberang sana.
Terfikir juga seketika, tiada siapa yang suruh saya bergerak, tiada
siapa yang meminta atau mengarahkan saya berjalan ini. Tapi tidak tahu,
satu keinginan yang cukup kuat untuk bertemu dengan saudara Syarif ku
yang tidak pernah aku temui selama ini. Di dalam kereta sesekali saya
berceramah dengan Syarif Khairudin, jika kita tak buat kerja ini, maka
sapa kah yang akan buat. Nenek moyang kita terdahulu jauh lebih hebat
dari kita, kerna mereka mengembara menggunakan kapal layar sahaja dan
perjalanan beribu batu, berbulan-bulan tempoh masa dan dilambung ombak
yang bagai gunung. Tetapi mereka tetap berjuang untuk menyebarkan agama
Islam yang tercinta ini. Sedang kan kita, kata ku lagi pada Syarif
Khairudin, menggunakan kereta dan perjalanan pun hanya sekadar 18-20 jam
pergi dan balik termasuk masa rehat diperjalanan.
Akhirnya
dalam jam 1030 mlm kami sampai di Telupid. Saya membuat keputusan untuk
menginap d sana kerna da rasa penat. Rancangan awalnya mahu menginap
di Sandakan. Kami pun mencari lah hotel penginapan. Dan biasalah
ditempat seperti Telupid hotel yang ada hanyalah hotel budget. Saya
katakan pada Syarif Khairudin, tak kisah lah yang penting boleh tidur.
Keesokan harinya seawal jam 8 pagi, kami bertolak ke Lahad Datu dan
akhirnya sampai di Lahad Datu pada jam 12 Tengah hari setelah bersarapan
pagi di Kota Kinabatangan.
Perkenalan
saya dengan Tuan Syarif Abdul Rakhman bin Syarif Nasir seingat saya
bermula pada tahun 2015. Perkenalan ini hanya melalui wasap oleh Tuan
Syarif Shai bin Syarif Mondoi (sepupu saya sebelah emak). Kedua mereka
ini bertugas di Semenanjung Malaysia, Tuan Syarif Shai di Kuala Lumpur
dan Tuan Syarif Abdul Rakhman pula bertugas di negeri Pahang.
Bersama Syarif Abdul Rakhman bin Syarif Nasir di Lahad Datu, Sabah, Malaysia.
Bersama Syarif Abdul Rakhman bin Syarif Nasir di Lahad Datu, Sabah, Malaysia.
Selepas
itu saya dan Syarif Abdul Rakhman hanya berhubung melalui wasap dan
tidak pernah bersua muka. Sehinggalah pada 3 September 2017, akhirnya
Allah makbulkan bahawa kami dapat bertemu di Lahad Datu. Tujuan
pertemuan tidak lain hanyalah untk silatur rahmi di antara keturunan
Syarif.
Alhamdulillah pada pertemuan pertama kali ini, saya telah mengetahui begitu ramai keturunan Syarif di Lahad Datu ini. Sebelum ini saya telah beberapa kali berkunjung ke daerah Lahad Datu ini, tetapi tidak pernah pula saya mendengar akan keberadaan Keturunan Syarif di daerah ini.
Pengajaran paling besar khususnya kepada diri sendiri ialah Pertama, Bahawa keturunan/waris/cucu cicit Rasul Yang Mulia ini adalah bertebaran di seluruh pelusuk muka bumi ini dan jangan lah pengetahuan mu kau bataskan setakat mengetahui keturunan mu di daerah kecil mu sahaja. Kedua, Pergi lah bergerak mencari mereka yang sama keturunan dengan mu. Korban kan lah sedikit masa, tenaga dan wang ringgit untuk tujuan silatur rahmi ini, kerana tuntutan silatur rahmi ini adalah satu tuntutan agama yang sangat tinggi nilainya. lebih-lebih la lagi jika kau menghubungkan silatur rahmi di antara sesama waris Nabi.
Dalam hal ini teringat saya kata-kata Syarif Abdul Rakhman (SAR) bila saya bertanya berapa ramai keturunan Syarif di Lahad Datu. SAR berkata kepada saya bahawa ada begitu ramai dan mungkin beribu orang, tetapi sebahagian merekeka menyembunyikan keturunan mereka atau menghilangkan keturunan kerana sebab yang tertentu. Saya tanya lagi kenapa, bukan kah keturunan ini adalah keturunan Yang Mulia. SAR berkata lagi, ko lihat lah sendiri nanti baru ko faham kenapa. Subhanallah, Allah hu Akhbar, saya seperti terpukul oleh batu yang keras mendengar jawapan tersebut.
Berikut saya paparkan beberapa photo pertemuan dengan keluarga Syarif di Lahad Datu ini.

No comments:
Post a Comment