Pages

Saturday, 27 January 2018

Seminar Nasab Kafaah ahlul Bait, 25 November 2017, Kuantan Pahang

Dipostkan pertama kali di blog syarifazad.blogspot.my pada 27 Nove,ber 2017

Ini adalah seminar kedua yang saya hadiri berkaitan Nasab.
Seminar pertama ialah pada Mach, 2017 di Palembang, Indonesia. Kehadiran saya ke seminar tersebut adalah di atas undangan sahabat dan guru Syed Alidin Assegarf.
Palembang, 26-27 Mach 2017. Bersama Syed Alidin Assegaf.

Kehadiran saya ke Seminar Nasab di Kuantan ini adalah juga di atas undangan Syed Alidin Assegaf dan seorang sahabat Syed Idrus Al-Idrus, Pahang. Pertemuan kali ini dengan Syed Idrus adalah yang kedua kali setelah yang pertama pada 5 Oktober 2017 di KLIA. Syed Idrus saya sifatkan sebagai seorang insan yang baik, tutur kata lemah lembut dan sangat menyenangkan. Dan sepanjang saya berada di seminar tersebut saya telah di layan dengan baik sehingga tidak berasa asing walapun saya adalah satu-satunya saadah yang paling jauh, iaitu datang dari Sabah.
Bersama Syed Borhanudin Al-Kherid (kiri), saya/penulis dan Syed Idrus Al-Idrus (kanan)

Saya sepatutnya terbang ke KL pada 23 Nov 2017, namun rezeki tidak menyebelahi. Tiket yang dibeli lebih awal tp tarikh nya pada 22 Nov 2017, dan terlupa pula di tukar ke 23 Nov. Nah, apabila sampai ke apot  Kota Kinabalu untuk Chek inn pd 23 Nov, baru sedar tiket da burn. Dalam hati, ya Allah, cubaaaaaaannnnn. Macam mana ni. Nak pergi ka atau tidak. Mo beli tiket yang baru pasti mahal. Yalah, nak terbang esok, hari ini baru nak beli tiket. Masa itu lah teringat kata-kata Syed Alidin, "Antum kena hadir bagi mewakili sadah Sabah, perlu keluar dari Sabah dan berkenalan dengan saadah dari negeri-negeri di Semenanjung. Kepala mula buat perkiraan matematik untung rugi hehehe, sb kena beli tiket KL ke Kuantan lagi. Akhirnya buat keputusan, beli je lah. Sb kalau tak beli tak boleh pergi. Akhirnya terbang lah duit ku beribu-ribu lemon..... hahaha. 

Keesokan hari nya iaitu pada 24 Nov 2017, saya kembali hadir di apot KK. Kali ini betul tiada masalah, boleh chek in dan boleh terbang. Terbang lah saya dari KK ke Kl dan trus ke Kuantan, Pahang. Saya sampai d apot Kuantan sekitar jam 11 malam dan di sambut oleh Syed Alidin dan Syed Borhanudin atau nama glamour nya Syed Bo. Dalam hati kesian pula dengan mereka terutamanya Syed Bo yg terpaksa jd driver mengambil saya d apot. Di dalam kereta kami rancak berbual terutama nya berkenalan dengan Syed Bo. Ternyata Syed Bo seorang yang cepat mesra, seolah-oalah saya telah kenal lama dengan dia. Dalam rancak kami berbual, ada satu perbualan yang menyebabkan kami ketawa bersama-sama. Isunya ialah apabila saya katakan bahawa saya baru saja berminat dengan nasab ini iaitu sekitar 5 tahun, itu pun setelah saya berkenalan dengan Syed Alidin, dan tiba-tiba Syed Bo berkata "Baru Masuk Islam, kan". Hahaha kami ketawa serentak bersama-sama.

Perjalanan kami diteruskan. Rupanya destinasi yang dituju ialah rumah Syed Bo. Di sini lah saya dan Syed Alidin menginap pada malam ini. Terima kasih banyak Syed Bo d atas baik budi dan akhlak seorang habib yang begitu menghormati tetamu. Malamnya kami dihidangkan dengan kopi panas  yang nyaman dan kuih yang sedap sambil berbual-bual dengan beberapa orang habib lagi.

Keesokan harinya kami bergerak ke dewan Seminar Nasab yang tempat nya dipindah kan ke dewan BTPN (Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuantan Pahang) disebabkan oleh sambutan yang menggalakkan dari saadah seluruh Semenanjung Malaysia. Kehadiran saya disambut oleh ahli jawatan kuasa pendaftaran dan satu-satu nya yang saya kenal adalah Syed Idrus Al-Idrus. Dan yang mengejutkan saya apabila beberapa pemuda habaib ini bertanya kepada saya, habib dari Sabah kan. Wah rupanya kehadiran saya telah dimaklumi oleh mereka. Mungkin kerna saya satu-satu nya syarif yang datang dari Sabah. Alhamdulillah, di dewan ini saya telah membuka lembaran baru bagi hubungan di antara saadah di Semenanjung dan Sabah khususnya. Beberapa orang habib yang lain terujua bertanya kepada saya akan para saadah di Sabah. Ada yang berazam untuk menziarahi kami di Sabah pula. Syukur dengan nikmat ini Ya Allah.

Sesi Seminar pun bermula. Alhamdulillah sepanjang seminar kehadiran saya banyak disebutkan oleh sama ada pengacara mahupun pembentang sebagai satu-satunya wakil saadah dari Sabah. Bagi saya ini telah membuka lembaran baru hubungan saadah Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Program di mulakan dgn bacaan Ayat Suci Alquran dan bacaan Qasidah dari anak pelajar Tahfuz Darul Uloom Kemaman berserta ucapan kata aluan oleh Yg Mulia Dato Syed Nasaruddin Bin Syed Abdul Hadi Albaity selaku pengarah program seminar











Perbentangan Pertama di bentangkan Berkaitan Kepentingan Ilmu Nasab dan kesedaran Penjagaan Nasab yg mulia ini Oleh Al Mukarom Sayyidil Habib Alidin Asaqaaf ,

Alhabib membahaskan kepada kpd peserta kepentingan mengenal secara dekat dgn Luhur kita dan mengkaji ikatan kekeluargaan sesama kita Khususnya di tanah melayu perbentangan ini berlangsung selama 1 jam dgn kertas kerja yg di sediakan .

Pembentangan kedua selepas salingan bacaan Selawat dan qasidah dibentangkan Berkenaan Hukum Kafaah iaitu hukum perkahwinan di antara Ahlu bait dan Ahwal Oleh Al Fadil Wal Mukarom Al Ustaz Syed Fadil Bin Omar Al Idrus.

Membincangan Dalil yg jelas mengenai Kepentingan menjaga Kafaah Nikah dan mengunakan Rujukan Para Ulama Muktabar di dalam mengeluarkan Hukum berkenaan Hukum perkahwinan Syarifah dgn Ahwal Khususnya ,perbicangan Ini di akhiri dgn Sesi Soal Jawab daripada tetamu yg Hadir .

Majlis Berhenti seketika Untuk memberi ruang kepada peserta untuk makan tengah hari dan solat fardu Zohor ,

Majlis Di teruskan dengan bacaan Maulid di ketua oleh Ust Jaafar Alkaf bersama anak2 pelajar di sertai dgn menyambut tetamu terhormat Al Allamah Al Habib Abdullah Bin Abduk Qadir Alhabsyi beserta dgn ucapan Beliau yg amat terkesan di hati para Peserta dgn tuturkata dan semangat beserta Keilmuan yg amat luar biasa.


Majlis di akhiri dgn Ucapan Yg begitu mantap dan mengegarkan Jiwa para sadah alawiyyin Dari Al Allamah Alhabib kazim Assaqaf ,

Majlis Seminar Nasab Kafaah Ahlu bait 2017 diakhiri dgn Bacaan Doa dan Ratib Al Fatihah oleh Alhabib kazim Assaqaf

Dengan itu berakhirlah *Seminar Nasab Kafaah Ahlu bait 2017*

Mudah mudahan Allah memberkati majlis tersebuat dan memberi kekuatan kepada para Syabab dan asyaraf pahang, kemaman untuk memberikan kefahaman dan Ilmu kepda Ahli keluarga Kita yg Tercinta.

Berikut saya lampirkan beberapa photo sepanjang seminar tersebut untuk tatapan kita semua. Mudah-mudahan catatan ini ada kebaikan nya bg kita semua. Amin. Jika ada kesilapan, saya memohon ampun dan maaf.





























Akhir kalam saya mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada khususnya ammi Syed Alidin dan Syed Idrus kerna menjemput ana hadir ke seminar tersebut. Kepada Syed Bo, yang dengan baik budi nya menjemput saya d apot dan menghantar saya balik ke apot semula, juga menyediakan penginapan dan makan minum di rumah nya, saya merasa sangat terharu dan terhutang budi. Saya doakan Syed Bo dikurniakan kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat. Kepada semua ahli jawatan kuasa seminar, saya ucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Saya sangat yakin usaha tuan tuan semua akan mendapat redha Allah swt.





2 comments:

  1. Alhamdulillah, pertemuan dan seminar ini perlu dijadikan program berkala untuk menemukan ahlulbait selain bersama menggemakan selawat kepada nabi junjungan kita Rasullullah s.a.w semoga program seperti ini mendapat berkat dan limpahan kepada seluruh ahlulbait. Inshallah

    ReplyDelete
  2. Terbaik..nasab Rasulullah hidup sepanjang zaman

    ReplyDelete

Program Ziarah Persatuan Keluarga Sharif Sabah 10 Mac 2018

Hari ini 10 Mac 2018 bersamaan 22 Jamadil Akhir 1439 Hijrah.Persatuan Keluarga Sharif Sabah(PKSS) telah berjaya menganjurkan program Ziarah...