Hari ini 10 Mac 2018 bersamaan 22 Jamadil Akhir 1439 Hijrah.Persatuan Keluarga Sharif Sabah(PKSS) telah berjaya menganjurkan program Ziarah Kasih.
Tempat yang dituju ialah pertama, rumah ammi Syarif Madun bin Syarif Sasim/Kasim di kampung Popok, Kota Marudu Sabah, Malaysia.
Tempat yang kedua ialah rumah ayahanda Haji Awang bin Muhammad (Haji Amang), di kampung Ongkilan, Kota Marudu, Sabah, Malaysia.
Di antara ahli keluarga Syarif yang berpeluang turut serta dalam program ziarah ini ialah Syarif Damit, Syarif Imam Haris, Syarif Khairudin, Syarif Jamli dan istrinya Syarifah, Syarif Azman,Syarifah Asiah, Muriani Mubin, Syarif Razali, Syarif Arbi, Syarif Lawee, Syarif Anuar, Syarif Latif Syarifah Fazidah, Syarifah Azimah dan beberapa orang lagi keluarga yang saya tidak sempat saya tuliskan namanya.
Alhamdulillah di kedua-dua rumah ini kami disambut dengan begitu baik dan sangat ramah oleh tuan rumah. Makan minum atau jamuan turut di sediakan. Rasa sangat terharu rasanya dengan sambutan ammi Syarif Madun sekeluarga dan ayahanda Haji Amang sekeluarga terhadap rombongan kami. Seperti yang dikatakan oleh datuk Syarif Sahar kepada kami, macam korang hari raya awal pula, hahaha. Alhamdulillah program ziarah ini dapat mengeratkan semula tali silaturrahim di antara kami semua keluarga Syarif di kawasan Utara ini. Insya Allah pada masa akan datang program ziarah akan diadakan di daerah Kota Belud.
Bercerita sedikit berkaitan isi perbincangan di kedua tempat ini, rasanya patut untuk saya kongsikan dengan semua pembaca khususnya ahli keluarga Syarif Sabah.
Ini ammi Syarif Madun. Di kampung Sebayan, Kudat, kampung ku, kebiasaan nya kami memanggilnya dengan nama ammi adung. Sedari kecil saya telah mengenali ammi ini. Bagaimana pun kami semua (generasi muda pada masa itu), agak segan dan ada lah sikit-sikit takut dengan ammi ini. Pada masa itu kami semua kurang memahami apa yang diperkatakan oleh ammi ku ini. Tapi sekarang, rasanya dah faham banyak lah. tapi rasa menyesal pula sb lari-lari dulu pada masa kecil bila ammi ini stat bercerita (kami panggil stat berceramah).
Pada masa itu setiap kali ammi ini berjumpa/terserempak dengan generasi muda di kampung, dia akan bercakap soal syarif, keturunan syarif, asal-usul syarif dan menyatakan rasa marah dan sedihnya dia kepada keturunan syarif pada masa itu yang tidak lagi menghargai sungguh-sungguh keturunan nya. Di antara yang saya masih ingat apa yang diperkatakan oleh ammi ini pada masa itu ialah, asal-usul kita syarif ini adalah dari Hadramaut, syarif ini bangsanya tinggi, jd jangan kamu main-main, ammi ini berkata. Ammi juga berkata yang syarifah tidak boleh kawin dengan bukan syarif (dan benar ammi ini membuktikan kata-katanya, sebab setahu saya tidak ada seorang pun anak permpuannya/syarifah yang berkahwin dengan bukan syarif), kemudian ammi ini akan marah kpd sesiapa sahaja syarifah yang berkahwin dengan bukan syarif. Sasarannya ialah ayah syarifah tersebut. Tegasnya sungguh hebat ammi ini pada pandangan saya.
Pada masa tersebut,saya masih ingat, apabila kami diceramah kan oleh ammi ini, kami semua yg muda-muda akan senyum-senyum je dan kmudian cari peluang untuk lari, hahaha. sebab nya pedas telinga mendengar nya dan kmudian mana lah kami faham apa yg ammi ni cakap. Ammi juga akan bercakap bab yang tinggi-tinggi seperti bab nur Allah Nur Muhammad dan macam-macam lagi lah. jadi lagi bgus, lari hehehe. Tapi sekarang, saya merasa sangat kagum dengan ammi ini kerana seingat saya, dia lah satu-satu nya ammi saya yang konsisten dalam memperjuangkan keturunan Syarif d kampung saya walaupun kurang mendapat sokongan. Dia tetap berjuang dan bercakap apa yang difikirkan nya benar tentang Syarif walaupun dia kurang disenangi oleh keluarga Syarif yang lain. Ammi Adung, maafkan lah kami anak-anak mu ini yang tidak memahami perjuangan mu dan juga tidak menyokong mu. Mudah-mudahan ammi dikurniakan Allah swt kebaikan di dunia dan di akhirat.
Di akhir pertemuan tersebut saya dipanggil khusus oleh ammi Adung untuk duduk disisinya dan dia berikan saya beberapa keping kertas yang dituliskan beberapa perenggan catatan. Saya tidak akan nyatakan apa isi catatan tersebut tetapi saya ingin kongsikan kata-kata ammi kepada saya yang seperti berikut. " Disebabkan ko no enda ku yang bana-bana ko matau bongso ti tu maka buanun ku ta kau barang tu. Terimo un no, amalan nu, kerana itu no peninggalan keturunan syarig ti daudau, termo un no tu sebab ko memang layak ko patut nerimo barang tu". Maksudnya "Saya kini melihat bahawa ko benar-benar membawa panji-panji keturunan Syarif ini maka saya berikan ko ini sebagai satu amalan dan pegangan, iaitu amalan dan pegangan keturunan syarif kita dulu-dulu. Ko terima lah ini sebab memang ko layak dan patut terimah perkara ini"
Bersambung.......